Mekanik bendalir

Mekanik bendalir ialah pecahan ilmu fizik yang menyentuh tentang pergerakan bendalir seperti cecair, gas dan plasma. Konsep kajian bendalir ini terbahagi kepada tiga iaituMekanik bendalir, khasnya bendalir dinamik merupakan subjek yang kerap digunapakai di dalam teknologi kejuruteraan dan sains di dalam menyelesaikan beberapa permasalahan. Bendalir mekanik juga bersifat rumit dan kadang-kala ia hanya boleh diselesaikan dengan kiraan dan formula tertentu berdasarkan prinsip bendalir mekanik, terutamanya ddengan menggunakan kaedah dinamik bendalir berkomputeran (computational fluid dynamics). Kaedah ini dapat menyelesaikan masalah bendalir dengan kaedah menerusi pemvisualan dan menganalisa aliran bendalir.